follow | dash
Cutie Candy
//Cutie Candy\\

Annyeonghaseyo!


Hello Earthlings! Welcome to my blog. Be nice here !

About Links Entries Stuffy



Assalamualaikum ;-). Tahun depan aku akan menduduki peperiksaan besar iaitu SPM. Double what?! SPM?!*pengsan*. Sungguh mengerikan apabila orang bercakap pasal SPM, aku juga seperti tidak percaya bahawa aku akan berumur 17 tahun. 17 Tahun WOI?! Pasti tidak percayakan?*tampar pipi* Aku yang dulunya datang ke sekolah Nurul Iman dalam keadaan muka yang sangat innocent lagi comel*perasan* tetiba dah nak SPM. Mohon jangan terkejut, aku sudah besar panjang sekarang*evil laugh*. Aku bakal senior di sekolah itu dan bakal meninggalkan sekolah tu dalam masa setahun. Masa begitu cepat berlalu, aku rasakan baru daftar tingkatan 1 dan tahun depan aku bakal mengakhiri persekolahanku. Sungguh tidak percaya tapi kalian harus percaya, walaupun seperti mimpi di siang hari. Aku juga sedang menunggu keputusan SMA(Sijil Menengah Agama). Aku harapkan keputusan yang bakal kami semua F4 terima sangat membahagiakan Ustazah dan Ustaz. Doakan kejayaan kami ;-)

Older Post